ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

♡ SEMANGAT ♡
Assalamualaikum ,
harap korang semua sihat dan enjoy dengan post aku kalini .
:)

Kekadang , aku rasa longlai gila nak teruskan hidup ni :'/
Terasa macam payah dan perit sangat .
Seolah-olah nak melangkah pon aku dah tak bermaya :'(
Apalagi nak mencapai kejayaan yang besar , memang jaoh gila la .
Aku ni kalau tak disuntik dengan kata-kata semangat sesekali , 
memang bertambah-tambah la malasnya -,-

Koleksi kata-kata hikmah motivasi kat bawah ni lah yang selalu
buat aku jadi lebih bersemangat :)
Semoga semangat korang pulih seperti sedia kala .
Semoga semangat belajar korang kembali segar .
Semoga korang mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya .
Agar jiwa korang kembali kental 
dan 
jiwa korang semakin bersemarak .
Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air
sejuk selepas dahaga yang amat sangat :)

~Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri .
~Kita selalu rupa atau jarang ingat apa yang kita miliki , tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada
~Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pon .
~Jika anda takot akan sesuatu , lihatlah dan hadapilah .
~Jika anda hilang segala-galanya , jangan lupa , kerana anda masih mempunyai masa depan .
~Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan .
~Tidak pernah wujud orang malas . Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya .
~Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup . Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup .
~Tanpa permulaan , anda tidak akan sampai kemana-mana .
~Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri .




0 comment[s]