ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Dear Best Friends :*

Assalamualaikum wahai si pembaca blog yang comel/handsome ,
pejam celik pejam celik dan pejam tak celik-celik lagi berapa minggu je nak sekolah kan .. Hmm .. Sesungguhnya aku terlalu rindu akan sekolah dan kawan-kawan .. Alahai , mood sedih pulak dah . HAHA . Macam biasalah , aku ni bukannya reti mermukadimah pon -,- Al-maklom jela aku ni takde macam ciri-ciri penulis yang berdedikasi dan berwawasan tinggi . Aku type ikut suka hati aku je , apa yang dah terbuku kat kepala otak yang tak berapa nak betul nih . Heee :3

Okay la , malas nak merapu banyak sangat . Dengar sini tuan blog nak bercerita ..
Kalau korang semua nak tahu aku ni jenis yang sayang gila kat kawan aku .. Aku sayang kawan aku dah macam nyawa aku sendiri . Korang tahu tak ! *nada menengking* Aku sanggup berkorban apa sahaja untuk kawan aku asalkan dia gembira , bahagia dan tak sakit hati . 

Tapi yang teruknya aku ni :/ Aku selalu sakitkan hati kengkawan aku ... Jahanam kan aku ni , sanggup sakitkan hati kawan sendiri . Aku selalu maki dia . Cakap dia bangang , bongok , sengal , itu ini dan banyak lagi perkataan yang kurang enak didengar lagi kan pula ditaip di ruangan ini .. *ecehwahh,ayat tak boleh blaa* . Aku ikhlas berkawan dengan korang semua .. Kalau aku tak ikhlas aku tak amik tahu taw pasal korang .. 

Sebenarnya , aku dah penat nak bergaduh dengan kawan aku . Ni semua pon salah aku . Cepat sangat sensitif . Biasalah , manusia ni ada kelemahan dia sendiri kan kannn ? Aku akan berusaha berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang . Aku akan cuba dan aku berjanji takkan sakitkan hati korang lagi ..
*fuhh , lajunya aku menaip dan lajunya dah macam LRT . Ecewahh , bajet gilos*

Kepada korang yang sayangkan persahabatan .. Jagalah persahabatan korang tu dengan baik dan ingat lah sesungguhnya kawan itu umpama nyawa yang tidak boleh diganti .. Korang tahu kan , nyawa tu macam mana ? Macam nyawa kita lah , kalau kita mati , hilanglah nyawa kita kan . Lain lah kalau kita ni kucing , nyawa ada banyak . Series aku cakap , kalau korang takde kawan hidup korang akan menjadi kosong .. kosong ... kosong *lagu Najwa Latif berkumandang* . Korang boleh ke hidup tanpa kawan ? Jangan tipu aku lah , confirm tak boleh punya kan ..

Walau macam mana terok pon korang bergaduh dengan kawan korang , cubalah untuk berbaik . Cari jalan penyelesaian .. Apa korang cakap ? Aku tak dengar .. apa ? Takde jalan penyelesaian . Kepala otak korang lah weyhh .. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya .. Faham tak ! *makk aihhh , aku memarah ni dah macam Cikgu Rasyidah la pulak* . Hee :3 Alahai korang , jangan amik hatilah .. Tu bukan marah tapi nasihat . Terpulanglah kat korang nak terima atau tak . Aku tak kesah . Bukan urusan aku pon -,-

Okaylah , aku dah penat nak membebel ni . Jari-jemari aku yang cantik ni pon dah sakit menaip je tak henti .. so korang , jadikan entri aku kalini sebagai satu motivasi , pengajaran dan seumpama dengannya ;) Dengan ini saya Nurhidayah Izzati binti Safee'ie atau nama manjanya Yaya yang comel lagi cute , ingin memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika menyinggung perasaan anda , atau terkasar bahasa . Maafkan saya ye kawan-kawan ku yang cantik dan kacak . Hee :3 Aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan . Sekali lagi , aku mintak maaf ... Byebyebye *flying kisssss :*


0 comment[s]