ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Doa buat sahabat ^_^
Hai pembaca yang disayangi :)
      Assalamualaikum...

sedikit doa buat mereka yang bergelar sahabat. InsyaAllah. (:

Ya Allah ... Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ..... Ya Allah... Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah ... Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu. Ya Allah ... kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah Amin.

Aku harap kau faham aku kawan :') Setiap kali lepas sembahyang aku selalu doakan untuk kawan-kawan aku .. Kita kawan kan ? Aku harap kita saling memahami antara satu sama lain . Kau dah jadi sebahagian daripada hidup aku . Aku sayang kau macam aku sayang keluarga aku dan nyawa aku :) kau kawan terbaik yang aku ada .. Aku jaga hati kau dan aku harap kau pon jaga hati aku jugak .. Aku nak antara kita tiada yang tikam belakang kawan . Aku takot kalau kita gadoh hanya kerana masalah kecik . Aku dapat rasa sekarang ni macam ada something yang kau rahsiakan daripada aku . Hye kawan , tolonglah , jangan nak berahsia sangat dengan aku . kau jugak yang cakap , papehal antara kita tak payah nak berahsia --> Tapi hakikatnya ??? Okay la , aku harap kau fikir apa yang aku cakap ni . 
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :)

#BESTFRIENDFOREVER

0 comment[s]